RM50 juta untuk latihan, penempatan semula kakitangan penerbangan

Sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk program latihan dan penempatan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan di Malaysia. - Gambar fail Bernama
Sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk program latihan dan penempatan semula 8,000 kakitangan syarikat penerbangan di Malaysia. - Gambar fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan program latihan dan penempatan semula bagi 8,000 kakitangan syarikat penerbangan di Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM50 juta.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan juga menyediakan peluang pekerjaan kepada 500 orang daripada komuniti setempat dan orang asli sebagai jurupandu pelancong.

Menurutnya, seramai 500 orang daripada komuniti setempat dan orang asli itu akan ditempatkan di semua Taman Negara bagi merancakkan lagi segmen ekopelancongan.

"Seterusnya, bagi memastikan ketersediaan tempat tumpuan pelancong, sebanyak RM50 juta disediakan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kemudahan pelancongan di seluruh negara.

"Sejumlah RM20 juta juga diperuntukkan bagi menambah baik infrastruktur dan mempergiat promosi kampung-kampung budaya di Terengganu, Melaka, Sarawak dan Negeri Sembilan," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi memastikan bangunan warisan kebangsaan seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Carcosa Seri Negara juga akan terus kekal terpelihara dan menjadi ikon pelancongan.

Artikel Berkaitan: