PKR Selangor perlu ingat sejarah mungkin berulang


Amirudin pada program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.
Amirudin pada program Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengingatkan PKR negeri supaya tidak lalai, angkuh dan selesa dengan kemenangan yang dimiliki.

Ini kerana, sejarah Umno selaku parti yang kuat di Selangor sebelum 2008 telah dihukum.

"Saya sering ingatkan dalam pertemuan tertutup dengan pimpinan PKR Selangor kejatuhan sesebuah kerajaan itu berselang sangat pendek.

"Kalau kita lihat di Putrajaya sebelum 2004 di mana hampir 80 kerusi Parlimen dikuasai BN tetapi selepas itu, berlaku penafian dua pertiga di Parlimen dan akhirnya pada 2018 kerajaan tumbang," katanya dalam Bicara Minda di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.

Menurutnya, sejarah itu selalu berulang dan jika PKR Selangor tidak beringat, ia bakal berlaku.

"Jangan rasa selesa dan lalai dengan tanggungjawab yang diamanahkan," katanya.

Artikel Berkaitan: