Tumpu program pembangunan komuniti

Suri rumah, Aulia Abidin, 43, bersama dua anaknya Ahmad Fareezuan Md Dusa,18 (kiri) dan Ahmad Farhan Md Dusa, 13, tekun mendengar siaran langsung Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Tengku Zafrul hari ini. - Foto Bernama
Suri rumah, Aulia Abidin, 43, bersama dua anaknya Ahmad Fareezuan Md Dusa,18 (kiri) dan Ahmad Farhan Md Dusa, 13, tekun mendengar siaran langsung Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Tengku Zafrul hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan turut menumpukan program pembangunan komuniti merangkumi semua peringkat masyarakat.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sebanyak RM177 juta disediakan untuk program pembaikan fasiliti pendidikan, rumah dan kemajuan kampung baru termasuk RM100 juta bagi pembiayaan perniagaan komuniti Cina melalui BSN.

"Bagi kaum India, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada Unit Transformasi Masyarakat India, MITRA bagi memperkasa kedudukan sosioekonomi komuniti India.

"Selain itu, Tekun akan menyediakan RM20 juta khusus untuk program Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India, SPUMI dan RM5 juta untuk pembangunan usahawan bagi komuniti lain," katanya.

Menurutnya, bagi menggalakkan budaya sukarela di peringkat komuniti pula, kerajaan akan menaikkan nilai geran bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kepada RM6,000 dengan peruntukan hampir RM50 juta melibatkan lebih 8,000 KRT.

"Kerajaan juga menyediakan RM50 juta bagi projek pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah-rumah ibadat di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Peruntukan ini turut merangkumi pelaksanaan program perpaduan dengan kerjasama pengurusan rumah ibadat dan komuniti setempat," katanya.

Artikel Berkaitan: