Akaun dua KWSP boleh beli produk insurans diri, keluarga

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan ahli membuat pengeluaran daripada akaun dua untuk pembelian produk perlindungan insurans dan takaful hayat serta penyakit kritikal bagi diri dan keluarga yang diluluskan oleh KWSP.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ke atas caruman Skim Persaraan Swasta atau PRS juga dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025 bagi menggalakkan simpanan hari tua.

Beliau berkata, kerajaan menyediakan RM24 juta bagi caruman penuh di bawah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso untuk manfaat 100,000 pekerja daripada beberapa kumpulan.

“Kumpulan pertama ialah anggota Pasukan Sukarelawan Angkatan Tentera, Sukarelawan Simpanan Polis, Sukarelawan Pertahanan Awam Malaysia dan Sukarelawan Maritim Malaysia.

“Kumpulan kedua pula ialah guru takmir, imam, bilal, siak, noja, dan merbut serta kumpulan ketiga pula ialah pekerja sektor awam berstatus Contract For Service.

“Kumpulan keempat ialah bagi menghargai sumbangan delivery riders yang menjadi barisan sokongan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, inisiatif ini turut dipanjangkan kepada 40 ribu orang delivery riders,” katanya pada sesi pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Artikel Berkaitan: