Remaja hantar mesej lucah kepada kanak-kanak dicari polis

Siti Kamsiah Hassan - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Siti Kamsiah Hassan - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis mencari seorang remaja lelaki kerana dipercayai melakukan gangguan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dengan menghantar video dan mesej lucah.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kejadian itu disedari bapa kanak-kanak tersebut yang berusia 46 tahun semasa berada di kediaman mereka di sebuah negeri di utara tanah air pada Selasa lalu.

Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu telah memeriksa telefon bimbit anaknya dan mendapati terdapat perbualan anaknya dengan seorang lelaki tidak dikenali.

"Suspek ada menghantar mesej untuk mengajak melakukan hubungan seks semasa mereka berjumpa.

"Malah, suspek juga didapati turut menghantar video lucah selain mengajak mangsa untuk melarikan diri," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Siti Kamsiah berkata, berdasarkan modus operandi, suspek akan berkenalan dengan mangsa sehingga mewujudkan rasa sayang mangsa terhadap suspek.

"Suspek kemudian akan terus memperdaya mangsa terbabit termasuklah sehingga mangsa mangsa menunjukkan gambar atau video tidak berpakaian," katanya.

Tegasnya, remaja berusia 18 tahun itu telah dikenal pasti berdasarkan bukti yang diperoleh dan usaha memburunya giat dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.