Pennsylvania sambung kiraan undi hari ini

Pennsylvania salah sebuah negeri panas dalam pilihan raya Presiden AS akan meneruskan kiraan undi hari ini.
Pennsylvania salah sebuah negeri panas dalam pilihan raya Presiden AS akan meneruskan kiraan undi hari ini.
A
A
A

HARRISBURG - Ketua Setiausaha Komanwel Pennsylvania, Kathy Boockvar mengumumkan malam semalam bahawa sejumlah undi akan dikira pada hari ini sekali gus menimbulkan kebimbangan ia akan melambatkan lagi pengumuman pemenang dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Menurut portal berita Sputnik semalam, kelewatan pengumuman siapa pemenang pilihan raya Presiden AS itu menunjukkan persaingan sengit antara Presiden AS, Donald Trump daripada parti Republikan dengan pencabarnya, Joe Biden yang mewakili parti Demokrat.

Boockvar berkata, semua baki undi pilihan raya Presiden itu akan selesai dikira sebelum hujung minggu ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau bimbang undi yang dibuat di luar AS terutamanya daripada askar-askar AS yang berkhidmat di negara asing akan diteruskan pada Selasa depan.

"Masih ada lagi (undi) yang perlu dikira," katanya kepada pemberita pada satu sidang akhbar.

Pennsylvania memperuntukkan 20 undi elektoral kepada pemenang undi popular di negeri tersebut.

Pilihan raya Presiden AS diadakan pada 3 November lalu tetapi keputusan pemenangnya masih belum diketahui lagi berikutan pengiraan undi masih lagi berlangsung.

Bagaimanapun, kata Boockvar, bilangan undi yang lewat diterima di pusat pengiraan adalah lebih kecil daripada jangkaan asal. - Agensi

Artikel Berkaitan: