Laungan 'kira setiap undi' lawan 'henti kiraan undi'

Penyokong Biden yang keluar ke jalanan di New York menggesa setiap undi dikira. - AFP
Penyokong Biden yang keluar ke jalanan di New York menggesa setiap undi dikira. - AFP
A
A
A

WASHINGTON - Penyokong kedua-dua calon Presiden AS kini mula membanjiri jalan raya untuk mengadakan demonstrasi dan tunjuk perasaan berikutan persaingan sengit dalam pemilihan calon Presiden AS antara Joe Biden dan Donald Trump.

Di New York, ribuan penyokong Biden berarak di New York pada malam Rabu (waktu AS) untuk menuntut setiap undi dalam pemilihan Presiden itu dikira.

"Kita perlu menghitung setiap suara dalam pilihan raya ini," kata Sarah Boyagian yang mengadakan tunjuk perasan di bawah pemantauan ketat polis di New York.

Penyokong parti Demokrat menyedari setiap undi adalah sangat penting apabila kiraan undi tidak rasmi di negeri Nevada yang menawarkan enam kerusi elektoral College, Biden hanya mendahului Trump sekitar 8,000 undi.

Perbezaan majoriti kecil itu selain undi melalui pos yang dilaporkan setakat ini hampir 70 peratus memihak kepada Biden menyebabkan Trump mengamuk dengan menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya itu.

Kem Trump mengambil langkah drastik dengan memfailkan tuntutan agar pihak berkuasa menghentikan kiraan undi di beberapa negeri dipanggil battelground antaranya Michigan, Nevada dan Georgia.

Dalam pada itu, penyokong Trump daripada parti Republikan tidak ketinggalan keluar ke jalanan di Detroit dengan menggesa kiraan undi dihentikan di semua pusat pengiraan undi.

Artikel Berkaitan: