Tertekan pedal minyak, kereta rempuh bank

Keadaan premis bank Maybank Taman Indahpura yang dirempuh sebuah kereta pagi tadi.
Keadaan premis bank Maybank Taman Indahpura yang dirempuh sebuah kereta pagi tadi.
A
A
A
KULAI- Orang ramai yang berurusan di premis bank Maybank, Taman Indahpura di sini dikejutkan dengan insiden sebuah kereta merempuh cermin pintu masuk bank tersebut kira-kira jam 9.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata kejadian berlaku apabila pemandu berusia 78 tahun secara tiba-tiba tertekan pedal minyak ketika hendak memasuki kawasan parkir.

Katanya, pemandu terbabit telah hilang kawalan lalu terlanggar cermin pintu masuk permis bank itu.

"Akibat perlanggaran itu seorang pengawal keselamatan dan seorang orang awam telah mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Kulai.

"Pemandu kenderaan tidak mengalami apa- apa kecederaan. Kes masih dalam siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: