Harga dedak kambing dah sama harga beras

Zainal mengharapkan ada berita gembira buat kumpulan penternak dalam Belanjawan 2021 Jumaat ini.
Zainal mengharapkan ada berita gembira buat kumpulan penternak dalam Belanjawan 2021 Jumaat ini.
A
A
A

[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Sektor penternakan di negara ini tidak terkecuali menerima tempias kesan buruk pandemik Covid-19 apabila terpaksa berdepan pelbagai masalah terutamanya kenaikan melampau kos makanan ternakan.

Menurut penternak kambing baka dari Teluk Panglima Garang, Zainal Mohd Jais, 57, isu kenaikan kos makanan ternakan atau dedak telah dihadapi para penternak sejak sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan lagi.

ZAINAL
ZAINAL

“Tahun ini sahaja sudah tiga kali pihak pengeluar dedak menaikkan harga dan dalam tempoh tidak sampai 10 tahun, harga dedak naik hampir 100 peratus,” kata Zainal kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Tambah beliau, setakat ini tiada inisiatif segera diambil kerajaan bagi menstabilkan atau mengurangkan harga. Kesan daripada itu ramai penternak terpaksa menutup kandang berikutan tidak mampu menghadapi beban kenaikan kos yang tidak terkawal.

“Harga dedak kini menyamai harga beras, jadi bagaimana para penternak mahu menghasilkan baka pada harga yang sama dan ini pastinya akan memberi kesan kepada pengguna akhir,” katanya yang memiliki lebih 100 ekor kambing pelbagai jenis antaranya kambing Champion (Jamlo) dan kambing susu (Saanen & Togernberg).

Zainal menternak lebih 100 ekor kambing pelbagai baka di Teluk Panglima Garang.
Zainal menternak lebih 100 ekor kambing pelbagai baka di Teluk Panglima Garang.

Tegas Zainal yang juga pengusaha susu kambing jenama Susu Panglima, sehingga kini masih tiada sokongan konkrit terhadap sektor penternakan sedangkan pada ketika ini 80 peratus bekalan daging diimport dari luar negara.

Artikel Berkaitan:

“Ini melibatkan isu keselamatan makanan (food security). Pada ketika Covid-19 melanda seluruh dunia, negara-negara pengeksport ini pada bila-bila masa boleh menarik balik eksport.

“Apabila ini berlaku sampai bila negara mampu bertahan untuk memberi makanan kepada rakyat dengan kadar import daging dan beras yang tinggi,” katanya.

Ditanya harapan beliau sebagai penternak terhadap Belanjawan 2021, Zainal berkata, selain fokus utama terhadap isu kesihatan kerajaan juga perlu menumpukan kepada sektor penternakan dan sektor lain yang berkait rapat.