Sungai tercemar

A
A
A

Petugas Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) memerhatikan sampah sarap yang berlonggok di Sungai Naran, Bayan Lepas semasa tinjauan ke tempat berkenaan selepas mendapat aduan dari orang awam.

Pegawai pendidikan CAP, N.V. Subbarow mendakwa sampah-sarap yang berlonggok di sungai berkenaan adalah sampah buangan dari kilang-kilang dan penghuni rumah sekitar kawasan berkenaan.

Tambahnya lagi, ada juga barangan buangan mengandungi bahan beracun yng dibuang oleh kilang berhampiran.

CAP akan menulis surat kepada pihak berkuasa seperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Alam Sekitar mengambil tindakan tegas dan membersihkan sungai berkenaan dengan kadar segera supaya sungai berkenaan tidak dicemari.

Beliau turut menyeru masyarakat setempat agar sentiasa menguruskan sisa buangan seperti sampah dengan baik dengan mengasingkan jenis-jenis sampah di dalam tong sampah kitar semula bagi menangani masalah pencemaran sungai yang merupakan tanggungjawab bersama.

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Panggung Bangsawan Melaka

No Image Caption
GALERI

Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting

No Image Caption
GALERI

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia

No Image Caption
GALERI

Padi dalam sekolah