Sila log masuk terlebih dahulu.

Belanjawan 2021: Terengganu harap pakej survival kepada rakyat

Ahmad Samsuri Mokhtar
Ahmad Samsuri Mokhtar
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu berharap Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini menerapkan satu pakej survival jangka masa sederhana dan panjang untuk rakyat.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, peruntukan daripada belanjawan itu sepatutnya menjadi kesinambungan kepada pakej rangsangan ekonomi terdahulu seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (Prihatin) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) sebagai usaha memulihkan ekonomi yang terjejas akibat penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

“Saya berpandangan, tiga teras yang menjadi tunjang dalam pakej rangsangan ekonomi seperti Prihatin dan Penjana iaitu Memperkasakan Rakyat, Melonjakkan Perniagaan dan Memulihkan Ekonomi wajar diteruskan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, belanjawan kali ini juga perlu menjamin ketersediaan dan kebolehcapaian terhadap keperluan asas untuk golongan terjejas terutama mereka yang telah kehilangan sumber pendapatan.

“Program Subsidi Upah yang memasuki fasa kedua serta perancangan di bawah inisiatif Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) perlu dipantau dan ditambah baik supaya objektif asal mengurangkan kadar pengangguran dapat dicapai.

"Belanjawan kali ini juga harus memperkasakan semula ekonomi rakyat secara mikro bermula daripada mendapatkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan isi rumah, kuasa beli pengguna seterusnya mengukuhkan permintaan agregat," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: