Konkrit hempap kereta: Kontraktor, subkontraktor SUKE dikenakan penalti

Dalam kejadian 19 September seorang wanita nyaris maut selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya.
Dalam kejadian 19 September seorang wanita nyaris maut selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kontraktor utama dan subkontraktor projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dikenakan penalti berjumlah RM180,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak pada 19 September sehingga menyebabkan kepingan konkrit terjatuh menghempap sebuah kereta.

Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam satu kenyataan hari ini, kontraktor utama,MRCB Builders Sdn Bhd dikenakan penalti sebanyak RM80,000 manakala subkontraktor, Makna Setia Sdn Bhd, RM100,000.

Kedua-dua kontraktor berkenaan masing-masing dikenakan penalti mengikut Seksyen 34B(1)(c) dan Seksyen 34C(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 iaitu kewajipan kontraktor dalam memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas pembinaan.

“Hasil siasatan CIDB mendapati subkontraktor turut tidak mengikut prosedur kerja yang betul dan mempunyai penyelia tapak yang tidak diakreditasi.

“Berikutan itu, subkontraktor berkenaan telah diarah membuat penambahbaikan dalam prosedur keselamatan termasuk menghantar pekerja, penyelia tapak dan pengurus pembinaan untuk diakreditasi,” menurut kenyataan itu.

CIDB turut mengarahkan subkontraktor berkenaan melakukan audit keselamatan oleh pihak ketiga terhadap keselamatan projek, cara kerja dan pengendalian serta pengurusan tapak bina.

“Sepanjang siasatan, kedua-dua syarikat memberikan kerjasama yang baik termasuk membuat aku janji untuk meningkatkan prosedur dan pelaksanaan kerja yang lebih selamat,” menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian 19 September seorang wanita nyaris maut selepas kepingan konkrit daripada kerja-kerja pembinaan SUKE terjatuh menghempap kereta yang sedang dipandunya di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang mengakibatkan keretanya remuk dan kecederaan pada tangan kirinya. - Bernama

Artikel Berkaitan: