X

Kindly register in order to view this article
!

Alaba kritik Bayern

David Alaba
A
A

PERTAHANAN Bayern Munich, David Alaba mengkritik kelabnya sendiri selepas tidak berpuas hati dengan cara pasukan gergasi Jerman itu menangani situasi berkaitan tawaran kontrak baharunya.

Menurutnya, Bayern tidak profesional dalam menguruskan kontraknya walaupun dia sebelum ini telah memberikan yang terbaik selain menjadi tunjang utama buat pasukan tersebut.

"Saya mendengar di media seperti orang lain juga. Saya tidak mahu katakan apa yang akan berlaku selepas ini. Secara jujur saya menikmati berada di sini dan gembira menjadi sebahagian daripada pasukan.

"Tetapi, mengenai masa depan saya selepas ini, saya tidak tahu kerana tiada siap daripada pasukan yang datang bercakap dengan saya secar rasmi," katanya.

Alaba dan Bayern gagal mencapai kata sepakat berhubung kontrak baharu pemain Austria itu yang bakal tamat pada musim panas tahun depan.

Difahamkan Alaba menuntut gaji sebanyak 125 juta Euro (RM604 juta)untuk lima tahun yang tidak disetujui oleh Die Roten sekali gus timbul perang di media antara wakil Alaba dan Bayern.

Kelab itu kemudiannya menarik kembali tawaran kontrak baharu pemain itu dan ia bakal menyaksikan Alaba bebas pergi kemana-mana kelab secara percuma pada jendela perpindahan akan datang.

Alaba turut mengakui terluka dengan layanan kelabnya terutama mengenai khabar angin yang berlegar di media dan Bayern tidak berusaha untuk membetulkan kesilapan fakta tersebut.

"Cara saya digambarkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan cara Bayern menanganinya sangat mendukacitakan. Saya memahami jika ada penyokong yang membenci. Saya berani katakan apa yang dikeluarkan di media itu tidak benar.

"Saya sangat kecewa kerana perkara itu tidak dibetulkan oleh kelab. Ia masih berlegar di media tanpa ada sebarang usaha daripada kelab untuk menanganinya. Saya tidak mampu melakukan apa-apa pun," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!