X

Kindly register in order to view this article
!

Pemergian Alias kehilangan besar buat JPBM

Zuraida merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Alias Abu yang meninggal dunia akibat Covid-19 semalam.
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menyifatkan pemergian Ketua Cawangan Operasi Kebombaan Ibu Pejabat Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Sabah, Alias Abu akibat koronavirus (Covid-19) semalam merupakan suatu kehilangan besar buat jabatan itu.

Beliau dalam satu kenyataan turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

"Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat keluarga bomba Malaysia yang selama ini tanpa mengenal erti penat dan lelah terlibat secara langsung dalam melakukan operasi sanitasi awam bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di negara ini.

"Saya mendoakan ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai serta seluruh anggota bomba tabah dan sabar dengan ujian yang menimpa ini," katanya.

Alias, 56, menghembuskan nafas akhirnya pada jam 9.15 pagi semalam di Hospital Queen Elizabeth I.

Beliau merupakan antara 15 anggota dan pegawai bomba Sabah yang disahkan positif.

Difahamkan beliau turut mempunyai latar belakang penyakit lain iaitu jantung dan asma.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai bomba Sabah meninggal dunia akibat Covid-19


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!