Pelajar Kolej Vokasional maut kemalangan

No Image Caption
A
A
A

MACHANG - Seorang pelajar Kolej Vokasional Kuala Lipis, Muhammad Izzat Norazmi, 17, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 40.1 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini, malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.50 tengah malam itu membabitkan sebuah motosikal Honda EX5 dan sebuah Proton Waja.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintendan, Mohd Shamsuri Mohd Zain berkata, kemalangan yang berlaku di jejambat Machang itu menyebabkan mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Kuala Krai-Kota Bharu dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta.

"Mangsa beralamat di Kampung Lalang Penjom, Kuala Lipis, Pahang. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: