RM400,000 untuk tanaman kelapa di Kelantan

Tuan Mohd Saripudin (dua,kanan) menyampaikan anak pokok kelapa kepada peserta di Parlimen Pasir Puteh.
Tuan Mohd Saripudin (dua,kanan) menyampaikan anak pokok kelapa kepada peserta di Parlimen Pasir Puteh.
A
A
A

PASIR PUTEH - Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM400,000 bagi menggalakkan peningkatan industri tanaman kelapa di negeri ini.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, peruntukkan itu membabitkan 16 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggarkan seluas 200 hektar di bawah Program Kelapa Al-Falah.

"Projek ini akan diperluaskan tahun hadapan dalam usaha untuk menjadikan Kelantan sebagai salah satu pengeluar kelapa.

"Peserta yang terlibat diberi pendedahan mengenai kaedah penanaman bagi memastikan mereka berjaya mengusahakan tanaman berkenaan," katanya.

Tuan Mohd Saripudin (lapan, kiri) bersama sebahagian 30 peserta Program Kelapa Al-Falah dari Parlimen Pasir Puteh.
Tuan Mohd Saripudin (lapan, kiri) bersama sebahagian 30 peserta Program Kelapa Al-Falah dari Parlimen Pasir Puteh.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anak pokok kelapa kepada 30 peserta dari Parlimen Pasir Puteh dalam Program Kelapa Al-Falah yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Pertanian Kelantan, Norbahani Zakaria

Menurutnya, kesemua anak pokok kelapa membabitkan peruntukkan berjumlah RM50,000 diberikan secara percuma kepada peserta yang terlibat

"Antara jenis kelapa yang dibekalkan kepada peserta ialah pandan, matag dan malayan yellow gwarf'.

Artikel Berkaitan:

"Kita masih berupaya mengeksport walaupun ada kebergantungan pada musim tertentu," katanya.

Tuan Mohd Saripudin berkata, kepelbagaian itu dikenal pasti mampu membekalkan bahan mentah untuk pelbagai industri hiliran dan tanah terbiar di negeri ini juga akan ditebus guna untuk projek penanam kelapa.