Bantuan Ebit Lew tiba di Lahad Datu

Kerja-kerja pengagihan sedang giat dilakukan oleh rombongan sukarelawan di pantai timur Sabah.
Kerja-kerja pengagihan sedang giat dilakukan oleh rombongan sukarelawan di pantai timur Sabah.
A
A
A

KOTA KINABALU - Rombongan sukarelawan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi pendakwah Ebit Lew mula mengagihkan bantuan peralatan perubatan untuk petugas barisan hadapan di Sabah hari ini.

Setakat pagi tadi, rombongan yang dibahagi kepada dua kumpulan iaitu ke pantai timur Sabah dan Kudat sudah bergerak untuk mengagihkan peralatan pelindungan diri (PPE), 'face shield' dan beberapa peralatan penting lain.

Ketua rombongan sukarelawan, Mohd Ikhsan Helzy, 36, berkata, mereka turut meneruskan perjalanan ke Lahad Datu, Semporna dan Tawau.

"Hari ini kami menghantar sebanyak 3,000 set peralatan penting itu ke pantai timur Sabah

"Kami tiba di Lahad Datu pada jam 2.30 pagi tadi dan akan meneruskan bantuan ke Semporna dan Tawau," katanya ketika dihubungi hari ini.

Bantuan peralatan perubatan seperti PPE, pelindung muka dan kasut yang dibawa oleh Sukarelawan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi pendakwah Ebit Lew tiba di Pejabat Kesihatan Lahad Datu.
Bantuan peralatan perubatan seperti PPE, pelindung muka dan kasut yang dibawa oleh Sukarelawan Pertubuhan Kasih Umat Malaysia yang dinaungi pendakwah Ebit Lew tiba di Pejabat Kesihatan Lahad Datu.

Tambahnya, rombongan terdiri daripada empat kenderaan itu tidak mengalami sebarang masalah kerana mendapat kerjasama yang baik daripada pihak berkuasa.

Semalam, Sinar Harian melaporkan pendakwah terkenal itu melalui perkongsian di Facebook rasminya meluahkan kerisauan dengan keadaan rakyat di Sabah selepas menerima banyak mesej meminta bantuan.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, Ebit kemudian menghantar bantuan keperluan perubatan dengan menggunakan perkhidmatan Raya Airways.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew hantar bantuan ke Sabah