Anak tetak ibu dengan parang

Suspek (belakang, tengah) melibas ibunya dengan parang selepas berang tidak diberi wang untuk membeli petrol.
Suspek (belakang, tengah) melibas ibunya dengan parang selepas berang tidak diberi wang untuk membeli petrol.
A
A
A

MEDAN - INDONESIA. Gara-gara tidak diberi wang untuk membeli petrol, seorang anak sanggup melibas ibu kandungnya dengan parang sehingga mati.

Kejadian berlaku di Barumun, Sumatera Utara pada Sabtu lalu.

Polis berkata, mangsa Hotnida Hasibuan (40) diserang ketika sedang menjemur pakaian.

Susulan itu, polis telah menahan suspek berusia 18 tahun yang bersembunyi sejak melakukan pembunuhan tersebut.

"Selepas melakukan pembunuhan tersebut, suspek yang mengalami masalah ketagihan bau petrol mengheret dan membuang mayat ibunya di parit tidak jauh dari rumah mereka," kata Ketua Siasatan Jenayah Tanapuli Selatan, Asisten Komisioner Alexander Piliang.

Tambah Alexander, suspek berdepan hukuman penjara seumur hidup. - Agensi

Artikel Berkaitan: