Lelaki maut nahas kereta dengan treler

Mangsa memandu sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki bersama 4 ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 75.7 Lebuhraya Utara-Selatan malam tadi
Mangsa memandu sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki bersama 4 ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 75.7 Lebuhraya Utara-Selatan malam tadi
A
A
A

BATU PAHAT - Seorang maut manakala lima yang lain cedera termasuk dua kanak-kanak perempuan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 75.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini malam tadi.

Kemalangan pada jam 10.38 malam itu melibatkan sebuah kereta Proton Wira dinaiki sebuah keluarga dengan lori treler jenis Scania.

Syamil Aiman, 30, yang memandu kereta itu maut tersepit di tempat duduk pemandu manakala penumpang hadapan, Mohd Noor Harun, 48, serta empat penumpang belakang iaitu Zaina Mahmod, 41, Zalikha Nazir, 48, Norafiah, 6, dan Aishah Akila, 5, cedera.

Pemandu treler tersebut pula, Louis Eday Moses terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit selepas kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki terlibat kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 75.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, Batu Pahat malam tadi.

Tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dengan sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Kanan II, Ibnul Kasim Ahmad Abd Hamid berkata, pihaknya mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan Road Traffic Accident.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Semua mangsa yang cedera pula dibawa ke hospital berhampiran dengan menggunakan ambulans. Operasi tamat pada jam 11.52 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.