Anwar antara pemimpin terawal tiba

Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya sekali lagi menjadi tumpuan media hari ini.
Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya sekali lagi menjadi tumpuan media hari ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim antara pemimpin terawal tiba di ibu pejabat parti itu bagi menghadiri Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) dipercayai untuk membincangkan isu sokongan Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat 2 November ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tiba di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu kira-kira jam 3 petang diiringi pegawainya.

Selang 10 minit selepas itu, Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar turut tiba di lokasi sama.

Difahamkan, Pakatan Harapan hari ini mengadakan mesyuarat bagi membincangkan isu sokongan terhadap Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat 2 November ini.

Dr Xavier tiba di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya bagi hadiri Mesyuarat Pakatan Harapan bagi membincangkan isu sokongan Belanjawan 2021.
Dr Xavier tiba di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya bagi hadiri Mesyuarat Pakatan Harapan bagi membincangkan isu sokongan Belanjawan 2021.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan ahli Parlimen mengutamakan kebajikan rakyat dan kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah ahli Parlimen sokong Belanjawan 2021

Al-Sultan Abdullah menegaskan Belanjawan 2021 amat penting kepada kerajaan dan pihak berkuasa khususnya petugas barisan hadapan.

Artikel Berkaitan:

Justeru itu, mesyuarat hari ini dijangka menentukan pendirian PH terhadap Belanjawan 2021 mengambil kira nasihat Seri Paduka Baginda itu.