Johor tubuh Briged Ahli Sunnah Wal Jamaah

Hasni (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada naib johan qari Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran KAFA, Ahmad Haziq Hazrul Radzi yang mewakili negeri Johor dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1442H/2020M peringkat negeri Johor di Masjid Sultan Abu Bakar hari ini.
Hasni (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada naib johan qari Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran KAFA, Ahmad Haziq Hazrul Radzi yang mewakili negeri Johor dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1442H/2020M peringkat negeri Johor di Masjid Sultan Abu Bakar hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bagi mengekang penularan fahaman sesat, Briged Ahli Sunnah Wal Jamaah akan ditubuhkan dengan penyertaan daripada golongan belia di negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, briged yang akan ditubuhkan pada tahun depan itu menyasarkan belia berusia 18 hingga 35 tahun.

Katanya, seramai 200 belia negeri itu akan dipilih menerusi proses temuduga untuk menyertai briged berkenaan.

"Briged Ahli Sunnah Wal Jamaah akan diberi latihan untuk menyampaikan dakwah dan penerangan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka akan diletakkan bawah Bahagian Dakwah Jabatan Islam Negeri Johor (JAINJ).

"Ini merupakan senjata baharu Johor dan benteng untuk mempertahankan akidah ahli sunnah daripada anasir bertentangan dengan ajaran Islam khususnya fahaman Hizbut Tahrir," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hizbut Tahrir: MAINJ akan beri penerangan

Johor perangi fahaman Hizbut Tahrir

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1442H/2020M peringkat Negeri Johor di Masjid Sultan Abu Bakar di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:

Majlis sambutan telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad.

Sementara itu, menyentuh mengenai sambutan Maulidur Rasul di negeri ini, hanya dua daerah iaitu Tangkak dan Kota Tinggi tidak mengadakan sambutan atas nasihat Kementerian Kesihatan.

"Kita telah menerima 372 permohonan untuk menganjurkan acara ini dan mereka hendaklah mematuhi arahan ditetapkan pihak berkuasa.

"Sambutan berjalan lancar sebagaimana yang berlangsung di Masjid Sultan Abu Bakar, prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dipatuhi," katanya.