X

Kindly register in order to view this article
!

JKM cari waris bayi ditinggalkan di pagar surau

Bayi yang ditinggalkan di hadapan pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Sungai Kajang Tanjong Karang Ahad lalu.
A
A

KUALA SELANGOR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor memohon kerjasama orang ramai mengesan waris bayi yang ditemui orang awam di hadapan pintu pagar utama Surau Nurul Huda, Sungai Kajang Tanjong Karang, Ahad lalu.

JKM dalam kenyataannya berkata, bayi lelaki yang ditinggalkan dalam sebuah kotak tanpa dokumen pengenalan diri itu ditemui kira-kira jam 7 pagi.

Menurutnya, bayi berusia lingkungan satu hingga tiga bulan itu bagaimanapun telah diselamatkan dan menjalani pemeriksaan serta rawatan di Hospital Tanjong Karang.

"Sekiranya tiada waris, pihak JKM akan mendapatkan perintah mahkamah untuk ditempatkan bayi tersebut di institusi JKM atau diserah kepada orang yang layak dan sesuai," kata kenyataan itu hari ini.

Sehubungan itu, kenyataan itu memaklumkan, waris diminta tampil bagi mengesan ibu bayi terbabit.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat JKM Daerah Kuala Selangor, Abdul Hamid Abdul Majid di talian 03-32891495," katanya.

Sinar Harian Ahad lalu melaporkan, Ketua Guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) Integrasi Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi Nurul Huda, Mohd Maidin Abdul Rahim menemui bayi itu ketika dalam perjalanan ke sekolahnya kira-kira jam 7.15 pagi.

Mohd Maidin berkata, bayi berusia lingkungan dua hingga tiga bulan itu ditemuinya dalam sebuah kotak yang ditutup dengan kain baldu selain terdapat nota tulisan tangan yang memohon maaf kerana tidak mampu membesarkan bayi itu disebabkan faktor ekonomi selain berterima kasih kepada individu yang sanggup membesarkannya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Maaf tak dapat besarkan Muhammad Arif'


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!