Batik Terengganu

Pekerja Batik Kamis, Hassan Ali, 35, menjemur kain dengan pelbagai corak batik yang telah siap ketika tinjauan di Bengkel Batik Kamis, Kampung Banggol Durian, Serada. - Foto Bernama
Pekerja Batik Kamis, Hassan Ali, 35, menjemur kain dengan pelbagai corak batik yang telah siap ketika tinjauan di Bengkel Batik Kamis, Kampung Banggol Durian, Serada. - Foto Bernama
A
A
A

Batik Terengganu

KUALA TERENGGANU - Pekerja Batik Kamis, Hassan Ali, 35, menjemur kain dengan pelbagai corak batik yang telah siap ketika tinjauan di Bengkel Batik Kamis, Kampung Banggol Durian, Serada.

Kamis Kassim, 55, antara usahawan yang menghasilkan dan mengeluarkan batik asli yang terbesar di negeri ini yang menggunakan 'kudrat tulang empat kerat' 13 pekerjanya.

Bapa kepada lima anak itu berkata beliau lebih selesa menghasilkan batik dengan kaedah tradisional kerana ia mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding kaedah moden menggunakan mesin.

Katanya perbezaan ketara ialah warna batik kaedah tradisional lebih tahan lama dan tidak mudah luntur, kepelbagaian corak melalui blok batik yang ditekap serta campuran warna unik yang dihasilkan mengikut kreativiti pengusaha.

Beliau berkata agak kecewa kerana masyarakat tidak dapat mengenali perbezaan ini kerana tidak mendapat penerangan yang tepat dari penjual dan situasi ini agak merugikan kerana dikhuatiri mereka akan rasa tertipu apabila batik yang dibeli bukanlah batik asli Terengganu seperti yang diwar-warkan. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Nyamuk Aedes berwolbachia

No Image Caption
GALERI

Sambutan Hari Bomba Sedunia 2024

No Image Caption
GALERI

Replika nanas gergasi

No Image Caption
GALERI

Program MADANI Rakyat 2024