Jabatan Meteorologi keluarkan nasihat Taufan Molave

Taufan Molave boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. Foto Bernama
Taufan Molave boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis Nasihat Taufan Molave yang berada di kedudukan kira-kira 678 kilometer (km) ke tenggara Da Nang, Vietnam.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan taufan Molave itu sedang bergerak ke arah barat dengan kelajuan 25 km sejam dan boleh mencapai kelajuan maksimum 157 km sejam.

Menurut kenyataan itu, taufan berkenaan boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

Kenyataan itu menyebut jarak taufan dari bandar terdekat adalah kira-kira 787 km ke barat laut Kudat, Sabah. - Bernama

Artikel Berkaitan: