Keputusan mesyuarat BN malam ini: Ku Li

Tengku Razaleigh ketika ditemui media di Menara Dato Onn di PWTC hari ini.- Foto Bernama
Tengku Razaleigh ketika ditemui media di Menara Dato Onn di PWTC hari ini.- Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perbincangan dalam mesyuarat bersama ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berhubung 'krisis politik' yang berlaku ketika ini dijangka akan diputuskan Majlis Tertinggi UMNO pada malam ini.

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, mesyuarat hari ini membincangkan banyak perkara termasuk mengumpul pandangan Ahli-ahli Parlimen BN terlebih dahulu.

"Banyak perkara yang dicakapkan (petang ini). Hari ini hanya mengumpul pandangan daripada Ahli-ahli Parlimen," katanya ketika ditemui di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ketika ditanya adakah ia termasuk keputusan sama ada Ahli-ahli Parlimen BN menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau sebaliknya, beliau berkata, perkara itu turut disebut.

"(Pada petang) ini kita hanya membincangkan apa apa yang berlaku sekarang ini. Ada juga disebut (mengenai kepimpinan Muhyiddin) tetapi semua ini akan diputuskan malam ini," katanya lagi.

Hari ini berlangsung mesyuarat tertutup membabitkan Ahli-ahli Parlimen BN susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Artikel Berkaitan: