MPV dilarikan: JIPS siasat kecuaian anggota

Laporan Sinar Harian hari ini.
Laporan Sinar Harian hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan menyiasat kecuaian anggotanya susulan kejadian sebuah kereta peronda (MPV) model Honda Civic 1.8S milik pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara yang dilarikan suspek malam tadi.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, perkara itu sudah pasti akan disiasat.

"Kita akan siasat jika terdapat kecuaian di pihak anggota polis yang terlibat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beradik larikan MPV polis

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, dua suspek lelaki menyamar sebagai anggota polis daripada bahagian Sumber Teknologi Maklumat melarikan MPV terbabit.

Suspek yang juga adalah adik-beradik itu memasuki kawasan IPD dengan menunggang motosikal dan mendakwa mahu melakukan pemeriksaan terhadap MPV berkenaan sebelum melarikan salah sebuah kereta peronda polis tersebut.

Bagaimanapun, kereta MPV terbabit berjaya ditemui semula berhampiran lampu isyarat di Seksyen 9, Shah Alam awal pagi tadi dan polis berjaya menahan seorang lelaki dan teman wanitanya.

Polis kemudian turut menahan seorang lagi suspek lelaki di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.