X

Kindly register in order to view this article
!

Gangguan bekalan air: LUAS rawat Sungai Selangor

Kerajaan Selangor menerusi LUAS melaksanakan beberapa langkah bagi merawat Sungai Selangor susulan pencemaran sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air.
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksanakan beberapa langkah bagi merawat Sungai Selangor susulan pencemaran sehingga mengakibatkan gangguan bekalan air.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, langkah-langkah itu dibuat bagi memastikan air yang disalurkan ke rumah penduduk dan premis perniagaan selamat digunakan.

Menurutnya, antara langkah-langkah tersebut adalah meningkatkan faktor pencarian iaitu mengaktifkan operasi pengepaman air kolam (Opak) Bestari Jaya, flushing bagi mempercepatkan aliran ke hilir sungai dengan pelepasan Sungai Tinggi dan Sungai Selangor sehingga 1,200 jlh.

"Selain itu, LUAS turut mengambil langkah proses nyahbau di Kolam Tebatan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sungai Gong," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya hari ini.

Terdahulu, 19 Oktober lalu, kira-kira 1.2 juta akaun pengguna di tujuh daerah di negeri ini berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor.

Bagaimanapun, sejumlah 1,077 kawasan atau 83 peratus daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang akibat pencemaran Isnin lepas itu telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat jam 6 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, baki 215 kawasan masih dalam proses pemulihan dan Air Selangor telah memaksimumkan usaha untuk memulihkan bekalan air kepada pengguna terjejas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!