X

Kindly register in order to view this article
!

Para Sukma Johor tawar 328 pingat

Reezal Merican Naina Merican
A
A

SEBANYAK 328 pingat merangkumi 10 jenis sukan bakal ditawarkan pada temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang akan berlangsung di Johor dari 8 hingga 13 Mac tahun depan.

Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan daripada keseluruhan 10 jenis sukan, olahraga, badminton, renang, memanah, ping pong, powerlifting serta boccia merupakan sukan wajib, manakala boling padang, catur dan tenpin boling adalah sukan pilihan.

Menurut MPM, kelayakan umur atlet yang boleh mengambil bahagian pada temasya sukan itu pula ditetapkan antara 14 hingga 45 tahun.

Ia antara keputusan dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Para Sukma secara maya yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk M Noor Azman Taib pagi tadi.

“MPM akur dan menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara pihak Menteri Belia dan Sukan (Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican) dan Jawatankuasa Tertinggi Sukma untuk memutuskan sama ada Para Sukma diteruskan atau tidak sekiranya keadaan pandemik Covid-19 terus mencatat jumlah kes tinggi.

“MPM menyokong penuh apa jua keputusan dan langkah terbaik dibuat bersama antara KBS dan tuan rumah Johor berhubung temasya ini dan sedia memberi kerjasama padu untuk menjayakan temasya kali ini,” menurut kenyataan itu.

MPM juga menghargai usaha yang diambil oleh kerajaan untuk menganjurkan sukan terbesar dalam negara bagi golongan orang kurang upaya itu.

Temasya berkenaan pada awalnya dijadualkan berlangsung Ogos lepas, namun ditangguhkan ke 2021 susulan pandemik Covid-19. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!