Mane tak ofsaid

Sadio Mane
Sadio Mane
A
A
A

BEKAS penyerang Everton, Jermaine Beckford menyifatkan pengadil telah membuat kesilapan ketika membatalkan gol kemenangan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park, semalam.

Menurutnya, dia keliru dengan keputusan tersebut termasuk mempersoalkan hasil penelitian pengadil terhadap video bantuan pengadil (VAR) yang mengesahkan Sadio Mane berada dalam kedudukan ofsaid.

"Ketika saya pertama kali melihat gol tersebut, saya katakan kepada diri sendiri bahawa 'game over', Everton sudah kalah dan Liverpool menang. Walaupun gol tersebut dinilai kembali oleh VAR dan meneliti tayangan tersebut, saya masih yakin gol itu sah.

"Namun, ketika pengadil membatalkan gol tersebut, saya rasa ia seperti tidak masuk akal. Mane tidak berada dalam kedudukan ofsaid," katanya.

Dalam perlawanan itu, Liverpool mendahului dua kali menerusi Mane dan Mohamed Salah, namun Everton menyamakan kedudukan melalui Michael Keane dan Dominic Calvert-Lewin untuk mengikat kedudukan 2-2.

Bagaimanapun, Liverpool sebenarnya berpeluang untuk pulang dengan tiga mata sekiranya gol Jordan Henderson yang disempurnakannya selepas menerima hantaran lintang Mane tidak dibatalkan oleh pengadil.

Keputusan membatalkan gol tersebut selepas penelitian oleh VAR mengundang banyak pendebatan dengan Mane dinilai tidak ofsaid dengan pemain itu berada pada kedudukan yang sama dengan pemain Everton.

Dalam pada itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tidak percaya dengan keputusan pengadil membatalkan gol tersebut yang sekali gus menyaksikan pasukannya kempunan tiga mata penuh.

Artikel Berkaitan:

Terdapat beberapa insiden dalam perlawanan. Bagaimanapun, salah satu yang menarik perhatian saya ialah gol Henderson dan saya tidak melihat apa yang dikatakan ofsaid. Daripada gambaran saya ia tidak ofsaid namun ia menjadi ofsaid apabila orang lain yang membuat keputusan," katanya.