Liverpool perlu ‘bangkit’ berdepan Everton

Aksi Liverpool dan Everton di Goodison Park, Jun lalu yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. -Foto: Soccerladuma.com za
Aksi Liverpool dan Everton di Goodison Park, Jun lalu yang berkesudahan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan. -Foto: Soccerladuma.com za
A
A
A

PENGENDALI Liverpool Jurgen Klopp mahu skuad The Reds bangkit daripada kekalahan 2-7 kepada Aston Villa dan melakar kejayaan pada aksi berdepan Everton di Goodison Park hari ini.

Klopp berkata, biarpun rekod skuad kendaliannya itu tidak begitu memberangsangkan pada aksi derby dua pasukan Merseyside itu di Goodison Park dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, namun dia tetap mengharapkan kesebelasan The Reds dapat melakukan sesuatu kali ini.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita memang tidak mempunyai rekod yang baik di Goodison Park di mana kita tidak tewas dan juga tidak melakar kemenangan.

“Tambahan pula Liverpool dan Everton masing-masing tidak memberikan aksi terbaik masing-masing pada kesemua perlawanan yang berlangsung di sini (Goodison Park).

“Namun, kali ini saya mahu pemain mencuba sebaik mungkin kerana paddda kebiasaannya menentang Everton di laman mereka bukannya sesuatu yang mudah buat kami,” katanya.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada aksi terakhir masing-masing di venue sama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 21 Jun, lalu.

Sementara itu Klopp tanpa berselindung menyatakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya di Everton, Carlo Ancelotti atas prestasi baik skuad The Toffees itu setakat ini.

Katanya, Ancelotti dilihat telah berjaya mengemudi skuad Toffees itu untuk gah berada di puncak EPL setakat ini.

Artikel Berkaitan:

“Rasa kagum saya terhadap Ancelotti bukan lagi satu rahsia dan hari ini kita akan berdepan dengan pendahulu EPL dan juga pengurus yang terbaik.

“Sejak dari hari pertama dia mengendalikan Everton saya telah meletakkan skuad Toffees sebagai salah satu pencabar kuat musim ini,” katanya.