Pendarahan ketika bersalin punca maut

Dalam kejadian Ahad lalu, wanita warga Indonesia dikenali Yanti Abas, 35, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah pondok dalam keadaan jasadnya ditutupi sehelai kain di pondok berkenaan.
Dalam kejadian Ahad lalu, wanita warga Indonesia dikenali Yanti Abas, 35, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah pondok dalam keadaan jasadnya ditutupi sehelai kain di pondok berkenaan.
A
A
A

BATU GAJAH - Pendarahan yang banyak ketika bersalin menjadi punca kematian seorang wanita yang mayatnya ditemui di sisi bayi baharu dilahirkan di sebuah pondok dalam kebun kelapa sawit di Kampung Piandang, Pusing di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh hari ini.

"Bedah siasat selesai dijalankan pada jam 1.30 petang tadi dan kematian mangsa adalah disebabkan pendarahan yang banyak ketika melahirkan.

"Tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu," katanya.

Menurutnya, bayi lelaki yang dilahirkan itu pula berada dalam keadaan sihat dan masih dirawat di Hospital Batu Gajah.

Katanya, sehingga hari ini tiada waris yang tampil menuntut mayat mangsa dan bayi berkenaan.

"Pihak polis masih dalam siasatan mencari waris, kita juga sedang mengumpul maklumat mengesan pemanggil yang memaklumkan kejadian itu kepada polis.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan perkara tersebut diminta tampil menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian Ahad lalu, wanita warga Indonesia dikenali Yanti Abas, 35, ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di sebuah pondok dalam keadaan jasadnya ditutupi sehelai kain di pondok berkenaan.

Turut ditemui bersama mayat wanita itu adalah seorang bayi lelaki yang masih hidup dipercayai baharu dilahirkan.