Kertas siasatan kes pemandu Myvi diserah kepada Peguam Negara

Kejadian itu mengorbankan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31
Kejadian itu mengorbankan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31
A
A
A
ISKANDAR PUTERI - Kertas siasatan kes pemandu wanita yang menyebabkan kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Sabtu lalu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan itu diserahkan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Bahru Selatan (JBS), Deputi Superintendan Zamri Shariff di Pejabat Undang-Undang Negeri Johor pada jam 9 pagi tadi.

"Perjumpaan ini membabitkan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor Bahru Selatan JBS, pegawai penyiasat kes bersama Pengarah Pendakwaan Negeri Johor bagi memberikan taklimat dan cadangan pertuduhan bagi kes ini.

"Kertas siasatan ini akan dibawa ke Jabatan Peguam Negara pada hari ini untuk arahan dan tindakan selanjutnya," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ahad lalu, polis menahan wanita berkenaan yang merupakan pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi di sini pagi Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang maut nahas tiga kereta

Pemandu wanita positif dadah, reka cerita kemalangan maut
Artikel Berkaitan:


Kejadian itu mengorbankan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laskar Kanan Mohd Rizal Buseri, 31.

Difahamkan pemandu berusia 23 tahun yang positif dadah itu dipercayai tidak mempunyai lesen memandu kenderaan, selain cukai jalan dipercayai sudah tamat tempoh, sudah dilepaskan atas jaminan polis sementara menunggu pendakwaan.