Anwar tiba di Istana Negara

Kenderaan yang dipercayai membawa Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Pintu2, Istana Negara. Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
Kenderaan yang dipercayai membawa Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Pintu2, Istana Negara. Foto SINAR HARIAN/ ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah tiba di Istana Negara melalui pintu 2 pada jam 10.25 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pertemuan tersebut bagi mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya seperti dinyatakan ketika sidang medianya pada 23 September lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menaiki kereta Jaguar dan diikuti dengan sebuah kereta Volkswagen.

Bagaimanapun kehadiran Presiden PKR itu tidak dapat dirakam lensa media kerana beliau tidak menurunkan tingkap kereta.

Ketibaan Anwar telah disahkan oleh Setiausaha Akhbarnya, Tunku Nashrul Tunku Abaidah yang dihubungi media.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Agong dijangka buat verifikasi dakwaan Anwar

Penamat perlumbaan Anwar jadi PM

Terdahulu Anwar memuat naik gambar beliau di Facebook yang lengkap berpakaian sut bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan keterangan gambar 'Semoga dipermudahkan segala urusan hari ini'.

Artikel Berkaitan: