Pelajar UKM, SMK Cha’ah juara Pertandingan Esei Majalah Remaja

Nur Isma Faqihah dari SMK Cha’ah muncul juara kategori sekolah menengah Pertandingan Esei anjuran Majalah Remaja.
Nur Isma Faqihah dari SMK Cha’ah muncul juara kategori sekolah menengah Pertandingan Esei anjuran Majalah Remaja.
A
A
A

SHAH ALAM - Penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nur Farhan Hasbullah, 21, dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cha’ah, Segamat Johor, Nur Isma Faqihah Mohd Zulkifli, 17, muncul juara Kategori Universiti dan Sekolah Menengah Pertandingan Esei anjuran Majalah Remaja, 5 Oktober lalu.

Menurut Editor Majalah Remaja, Faiz Aimman Mazlan, pertandingan mengarang esei dengan tema ‘Ceritakan Malaysia Anda’ diadakan bertujuan menaikkan semangat cintakan Malaysia dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

“Pertandingan ini dianjurkan Majalah Remaja terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd dengan kerjasama dan sokongan daripada rakan strategik iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

“Ia telah dibuka bagi tempoh tiga minggu kepada dua kategori iaitu pelajar sekolah menengah berusia 15-17 tahun dan penuntut universiti berusia 18-22 tahun.

“Penyertaan sangat menggalakkan dengan pihak kami menerima 525 penyertaan dan semua penyertaan diadili oleh editorial Majalah Remaja dan wakil daripada Dewan Bahasa dan Pustaka,” katanya.

Sementara itu, naib juara dan ketiga kategori universiti masing-masing dimenangi Muhammad Aziim Mohd Zolkfly dari Universiti Utara Malaysia dan Priiyalakhshmi Kumarrajah dari UKM.

Bagi kategori sekolah menengah naib juara dan ketiga masing-masing dimenangi Aiman Izdihar Amran dari Sekolah Dato’ Abdul Razak, Negeri Sembilan dan Nur Izzati Zahidah Md Asmara dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah.

Artikel Berkaitan: