Lelaki ‘lalok’ cuba terjun tingkat dua

Bomba ketika memujuk seorang lelaki berusia 39 tahun yang cuba terjun dari JB Sentral.
Bomba ketika memujuk seorang lelaki berusia 39 tahun yang cuba terjun dari JB Sentral.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Khayal dadah dipercayai punca seorang lelaki cuba terjun dari tingkat dua bangunan JB Sentral berhadapan Jalan Tun Razak, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, tindakan nekad lelaki berusia 39 tahun itu berjaya dihalang selepas dipujuk pasukan penyelamat dalam kejadian kira-kira jam 8.05 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, pasukan penyelamat memerlukan masa hampir 30 minit untuk membawa lelaki itu turun ke tempat selamat.

“Kita terima panggilan dari Gerakan JB Sentral memaklumkan seorang lelaki bangsa tidak diketahui telah cuba terjun dari aras 2 Bangunan JB Sentral pagi tadi.

“Dimaklumkan masa di atas (kawasan mahu terjun) lelaki itu sedang khayal dan bercakap merapu tanpa sebarang maksud sebelum dipujuk turun ke bawah kira-kira jam 9 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shahurinain berkata, operasi menyelamat turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan anggota Balai Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

“Berdasarkan siasatan, lelaki itu positif morfin dan semakan turut mendapati dia mempunyai sembilan rekod lampau membabitkan dadah. Kami kemudiannya membawa dia ke Balai Sentral untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel Berkaitan: