X

Kindly register in order to view this article
!

18 Ahli Parlimen Pas sokong Muhyiddin

Kenyataan Pas hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Pas hari ini menegaskan bahawa kesemua 18 ahli Parlimen parti itu menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang ketika ini memimpin kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, parti itu tidak terkesan langsung dengan retorik dibawa oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan malah parti itu menganggap isu yang dibangkitkan oleh individu yang sama ini adalah satu tindakan yang terdesak.

Takiyuddin menyifatkan Anwar mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi di samping ‘menangguk di air keruh’ ketika kerajaan PN sedang menguruskan masalah koronavirus (Covid-19) serta langkah pemulihan ekonomi negara.

"Dalam hal ini Pas sekali lagi amat yakin Yang di-Pertuan Agong tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ ini, sebaliknya Baginda akan mengendalikannya berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara yang amat jelas," katanya.

Dalam masa sama, parti itu turut berharap kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan keresahan dan kekeliruan rakyat di samping mengakibatkan terjejasnya sektor ekonomi negara daripada tindakan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar menghadap Agong Selasa ini


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!