Pengawal keselamatan dibunuh di hadapan kedai

Mohamed Mokhsein meninjau lokasi kejadian bunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah perumahan awam di Cheras, hari ini.
Mohamed Mokhsein meninjau lokasi kejadian bunuh seorang pengawal keselamatan di sebuah perumahan awam di Cheras, hari ini.
A
A
A

CHERAS - Seorang pengawal keselamatan ditemui mati dibunuh di hadapan sebuah kedai runcit di tingkat bawah sebuah perumahan awam di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, mangsa berusia 52 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di lokasi kejadian pada jam 2.03 petang.

"Lelaki tersebut maut dipercayai akibat ditikam dengan objek tajam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, saksi kejadian mendakwa sebelum itu mangsa dan suspek bertengkar di depan kedai berkenaan.

"Mangsa ditemui terbaring dan suspek pula melarikan diri," katanya.

Tambah beliau, pihaknya akan mengambil keterangan saksi-saksi lain untuk membantu siasatan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz untuk bedah siasat. Kita kini sedang giat mengesan suspek, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: