Tingkatkan pematuhan SOP, tangguh sementara aktiviti sukan

Mohamad Norza Zakaria
Mohamad Norza Zakaria
A
A
A

KOMUNITI sukan negara dinasihati untuk meningkatkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan pada tahap tertinggi berikutan dengan peningkatan kadar jumlah kes pandemik Covid-19 di negara ini.

Menurut Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria pematuhan ini penting sebagai langkah pencegahan dalam memutuskan rantaian pandemik berkenaan.

“Kami di pihak MOM menyokong keputusan Kementerian Belia dan Sukan yang menangguhkan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Jadi MOM sebagai badan induk kepada persatuan sukan kebangsaan juga di sini ingin menasihati ahli-ahli gabungan supaya menangguhkan dahulu sebarang aktiviti persatuan masing-masing.

“Penangguhan bersifat sementara ini tidak lain tidak bukan bertujuan bagi membolehkan usaha memutuskan rantaian dan penularan Covid-19 di negara ini dilakukan dengan lebih berkesan.

“Ini juga adalah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan atlet serta pegawai berada dalam keadaan terpelihara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, penularan Covid-19 dalam negara terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 432 kes semalam.

Artikel Berkaitan: