Wanita terselamat kereta bertembung lori

Keadaan kereta Proton Saga dipandu mangsa yang terbabas, manakala lori muatan batu tersebut juga terbabas masuk ke longkang.
Keadaan kereta Proton Saga dipandu mangsa yang terbabas, manakala lori muatan batu tersebut juga terbabas masuk ke longkang.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita cedera di bahagian dada selepas kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Tanah Liat di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan mengalami cedera ringan di dada, manakala pemandu lori berusia 44 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Kejadian berlaku ketika kereta dipandu wanita berusia 34 tahun itu dari arah Bukit Mertajam menuju ke Kubang Semang memasuki laluan bertentangan.

"Akibat daripada itu, lori yang datang dari arah bertentangan telah bertembung menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas ke dalam longkang ke kiri jalan," katanya ketika dihubungi tadi.

Pemandu wanita yang cedera di dada dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan.
Pemandu wanita yang cedera di dada dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan.

Katanya, kedua-dua pemandu kereta dan lori mempunyai lesen memandu yang sah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Penanti, Azahari Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.36 tengahari tadi berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, mangsa dikeluarkan oleh orang awam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian.

"Mangsa diserahkan kepada kakitangan hospital dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk menerima rawatan selanjutnya.

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 1.02 petang," katanya.