Petronas Dagangan akan terokai formulasi baharu RON97, diesel

No Image Caption
A
A
A

PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) sedang mengkaji untuk menerokai formulasi baharu dan penambahbaikan bagi RON97 dan diesel.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, produk baharu untuk RON97 dan diesel dijangka berada di pasaran pada separuh kedua tahun ini atau awal 2020.

“Pada umumnya, produk perlu melalui proses serupa, sama seperti yang kami lakukan ketika ini untuk RON95... kami perlu lakukan ujian sebenar,” katanya selepas pelancaran Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive di sini, hari ini.

Primax 95 serba baharu merupakan ”dual friction modifier” yang pertama di dunia yang membantu mengurangkan geseran sebanyak 20 peratus, berbanding dengan "single friction modifier" sebelum ini, sekali gus membolehkan enjin berfungsi lebih lancar dan bertindak balas lebih baik.

Syed Zainal Abidin berkata, pengenalan petrol versi Primax 95 baharu adalah sebagai respons kepada maklum balas daripada kaji selidik dijalankan syarikat dengan pemandu ditanya tentang pemanduan lebih lancar, prestasi tindak balas enjin dan enjin lebih bersih dengan penggunaan bahan bakar lebih efisien.

Primax 95 boleh didapati di semua 1,053 stesen petrol Petronas seluruh negara. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!