Pencemaran disyaki dari reban angsa

Loy Sian (dua dari kiri) menunjukkan peta melibatkan lokasi siasatan pencemaran bau di Sungai Semenyih dan Sungai Langat.
Loy Sian (dua dari kiri) menunjukkan peta melibatkan lokasi siasatan pencemaran bau di Sungai Semenyih dan Sungai Langat.
A
A
A

BANGI - Pencemaran bau yang menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan Bukit Tampoi semalam disyaki berpunca dari reban angsa di Sungai Pajam dan kawasan perindustrian Nilai 3, Negeri Sembilan.

Exco Alam Sekitar, Teknologi, Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat cucian besar-besaran di reban angsa dekat tepi sungai tersebut sekitar jam 9 pagi semalam yang mecetuskan bau kuat.

Menurutnya, pihaknya telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Exco berkaitan, selain jabatan penguat kuasa untuk menjalankan siasatan.

"Kejadian pencemaran itu berlaku di luar Selangor dan kita hadapi kesukaran untuk menjalankan penguatkuasaan di negeri lain.

"Saya sangat berharap kerajaan Negeri Sembilan dapat mengambil inisiatif untuk menyiasat punca pencemaran," katanya pada sidang media di Tasik Idaman, Sungai Buah di sini hari ini.

Loy Sian memaklumkan, kerajaan negeri akan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut bagi membolehkan siasatan dilakukan.

Loy Sian (kiri) meninjau Tasik Idaman, Sungai Buah yang diletakkan pam untuk pencairan air ke Sungai Semenyih.
Loy Sian (kiri) meninjau Tasik Idaman, Sungai Buah yang diletakkan pam untuk pencairan air ke Sungai Semenyih.

"Saya tidak pasti jika kejadian berkenaan adalah disebabkan unsur sabotaj, kena tunggu laporan siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan jika terdapat ketidakpatuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, " katanya.

Semalam, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan berlaku pencemaran bau dikesan di Sungai Semenyih dan Sungai Langat menyebabkan henti tugas LPS Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dilakukan jam 4.30 petang.

Tindakan itu menyebabkan 309,605 akaun pengguna di 273 kawasan membabitkan empat daerah iaitu Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat daerah berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual

LUAS kesan bau bangkai di Sungai Pajam

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, setakat jam 9.30 pagi ini, LRA Semenyih mencatatkan bacaan 8 ton menunjukkan penurunan sebanyak 3 ton berbanding bacaan tertinggi sebanyak 11 ton dicatatkan pada jam 9 malam tadi.

"LRA tidak akan beroperasi selagi bacaan tidak berkurang ke 0 ton. Jadi kita tak pasti bila LRA akan beroperasi namun cuba selesaikan isu pencemaran itu secepat mungkin.

"Kita telah meletakkan dua pam di Tasik Idaman, Sungai Buah di sini untuk meningkatkan pencairan air ke Sungai Semenyih," katanya.