X

Kindly register in order to view this article
!

Maszlee lancar Bantuan Khas #Siswajagasiswa

Maszlee melancarkan tabung khas pembiayaan orang ramai Bantuan Khas #Siswajagasiswa.
A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini melancarkan tabung khas pembiayaan orang ramai Bantuan Khas #Siswajagasiswa untuk mereka yang berkemampuan menyumbang dana bagi membantu pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, inisiatif itu terhasil apabila beliau dihubungi ramai pihak yang memohon pelbagai bantuan termasuklah duit tiket bas, kereta api, kapal terbang dan duit penginapan susulan tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menangguhkan kemasukan pelajar IPT saat akhir.

"Hari ini sekali lagi kita melihat anak-anak siswa kita berdepan ujian akibat keputusan saat akhir KPT yang membuat penangguhan kemasukan pelajar IPT kemasukan Oktober, pada hari sama sepatutnya anak-anak siswa ini melaporkan diri.

"Atas semangat rakyat jaga rakyat, saya kini melancarkan crowdfunding untuk mereka yang berkemampuan menyumbangkan dana untuk membantu anak-anak kita," katanya menerusi rakaman video di Facebooknya sebentar tadi.

Menurutnya, mana-mana pihak yang ingin menyumbang boleh menyalurkan bantuan melalui Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan melalui akaun Maybank 5647 1752 7213.

Katanya, bagi anak siswa yang mahu memohon sebarang bantuan boleh mengisi borang di bawah pihak Pertubuhan Rejuvenasi Pendidikan.

"Terima kasih kepada semua yang menyumbang. Saya mohon disebarkan makluman ini agar lebih ramai anak-anak siswa yang dapat kita semua bantu," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!