Melaka tangguh program kerajaan negeri

Perjumpaan melibatkan Ketua Menteri di pejabatnya di Kompleks Seri Negeri juga ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Perjumpaan melibatkan Ketua Menteri di pejabatnya di Kompleks Seri Negeri juga ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kerajaan Melaka mengambil keputusan menangguhkan sebarang program yang melibatkan pemimpin kanan negeri itu berkuatkuasa hari ini.

Keputusan berkenaan susulan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, segala program melibatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) ditangguh berkuat kuasa serta-merta sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

"Perjumpaan melibatkan Ketua Menteri di pejabatnya di Kompleks Seri Negeri juga ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Orang ramai yang ingin berurusan di pejabat-pejabat kerajaan lain di seluruh negeri Melaka, mereka mesti mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan pihak berkuasa," katanya.

Menurut kenyataan itu, gambar yang tular berkaitan proses disinfeksi yang dilakukan di pejabat pentadbiran di Kompleks Seri Negeri adalah proses berkala yang sentiasa dilakukan dari masa ke masa.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan tidak panik dengan laporan-laporan yang ditularkan di media sosial, sebaliknya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan," katanya.

Terdahulu, kompleks pentadbiran kerajaan negeri di Seri Negeri Ayer Keroh di sini diarahkan tutup selepas ADUN Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof yang datang ke bangunan terbabit semalam untuk menyelesaikan beberapa urusan disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

Artikel Berkaitan:

Proses sanitasi di bangunan kerajaan itu dilakukan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Ayer Limau positif Covid-19