Tianwen-1 hantar gambar 'swafoto'

Tianwen-1 menghantar swafoto pertama sejak ia dilancarkan pada 23 Julai lalu. - Foto Agensi
Tianwen-1 menghantar swafoto pertama sejak ia dilancarkan pada 23 Julai lalu. - Foto Agensi
A
A
A

BEIJING - Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China (CNSA) mengeluarkan imej 'swafoto' kapal angkasa Tianwen-1 yang membawa misi ke planet Marikh ketika sambutan Hari Kebangsaan negara itu yang bertepatan dengan Festival Pertengahan Musim Gugur hari ini.

'Tianwen-1 melaporkan perkembangannya ke tanah air dan turut mengirimkan ucapan selamat ulang tahun," ujar CNSA dalam satu kenyataan.

Imej tersebut menunjukkan bendera kebangsaan China berukuran kira-kira 144 gram yang lebih kecil daripada kertas saiz A3 pada badan kapal angkasa itu yang membawa pendarat dan kenderaan robotik.

"Ia menggunakan cat semburan dengan teknologi cetakan dan bahan khas," katanya.

Difahamkan, ia adalah pertama kali Tianwen-1 mengambil swafoto yang diambil menggunakan sensor yang dipasang di luar badan kapal angkasa tersebut dan dikawal dari bumi.

Sensor tersebut mengambil gambar Tianwen-1 setiap saat dengan dua lensa sudutnya yang dihantar menerusi Wi-Fi ke bumi.

Sehingga tengah malam tadi, Tianwen-1 telah melakukan perjalanan kira-kira 188 juta kilometer dan berada sejauh 24.1 juta dari bumi selepas dilancarkan pada 23 Julai lalu.

Ia dijangka tiba di planet merah tersebut pada Februari 2021. - Agensi

Artikel Berkaitan: