4 kawasan hab belia dikenal pasti

Howard Lee (lima, kiri) bersama agensi belia dan sukan selepas perhimpunan di Kompleks Belia dan Sukan Perak.
Howard Lee (lima, kiri) bersama agensi belia dan sukan selepas perhimpunan di Kompleks Belia dan Sukan Perak.
A
A
A

IPOH - Empat kawasan dikenal pasti sebagai perintis hab belia yang akan diwujudkan di setiap daerah di negeri ini.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak, Howard Lee Chuan How berkata, Daerah Kinta, Teluk Intan, Manjung dan Taiping akan menjadi lokasi awal bagi hab belia sebelum diperluas ke semua daerah dalam tempoh empat tahun.

Menurutnya, tempat untuk membangunkan hab belia tersebut sudah kenal pasti dan kini menunggu kelulusan projek dan tanah di kawasan berkenaan.

"Kita harap kelulusan itu dapat selepas Tahun Baharu Cina dan pembinaan akan mula sebelum pertengahan tahun dengan pelancarannya dijangka pada suku ketiga tahun ini.

"Dalam rancangan kita sekurang-kurangnya dalam tempoh empat tahun kesemua 12 daerah ada hab belia," katanya kepada kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Agensi-agensi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Perak, di sini.

Beliau berkata, inisiatif tersebut dibuat secara usaha sama di antara tiga portfolio iaitu Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan yang dipengerusikan Tan Kar Hing; Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat di bawah Wong May Ing dan Pembangunan Belia dan Sukan Perak yang diketuainya.

Katanya, hab belia tersebut akan berfungsi sebagai pusat belia untuk mendapatkan pelbagai maklumat dan mengembleng anak muda serta wanita bagi menyerlahkan potensi yang ada pada diri mereka.

Artikel Berkaitan: