X

Kindly register in order to view this article
!

Siti Sarah, Shuib dipercayai dipanggil SPRM

Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil SPRM hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.
A
A

KUALA LUMPUR - Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram.

Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia, pasangan selebriti itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya tengah hari tadi untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Siasatan masih dijalankan, namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Selain pasangan itu, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya, namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!