Tahniah. Linda Hashim hamil anak ketiga

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Linda Hashim berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata ketiga apabila kini disahkan hamil.

Linda yang juga isteri kepada pelakon Beego, menerusi laman Instagramnya semalam telah berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan imbasan ultra untuk kandungannya itu.

17
17

“Alhamdulillah syukur atas rezeki untuk kami sekeluarga. Baby 'i' dalam keadaan sihat dan aktif mcm kakak-kakak dia.

“Senang sekarang ni macam-macam technology ada. Boleh scan baby dari luaran dan dalaman. Saya buat details scan ni di @klinikmyfamily segala jenis scan ada, ikut pada usia kandungan,” tulisnya.

Meski belum bersedia untuk berkongsi tentang jantina bayi dalam kandungannya, ramai peminat dan pengikut Linda yang meneka ia adalah bayi lelaki berdasarkan gambar imbasan tersebut. Apatah lagi Linda sebelum ini memiliki dua cahaya mata perempuan.

Linda dan Beego mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Jelita Clarissa, 5, dan Anggun Cassandra, 4.

Artikel Berkaitan: