Kereta terbakar cetus 'misteri'

Kereta Perodua Kancil terbakar secara tiba-tiba yang sempat dirakam oleh pengguna laluan Pasir Mas -Rantau Panjang berhampiran Lubok Jong.
Kereta Perodua Kancil terbakar secara tiba-tiba yang sempat dirakam oleh pengguna laluan Pasir Mas -Rantau Panjang berhampiran Lubok Jong.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pengguna laluan Pasir Mas -Rantau Panjang berhampiran Lubok Jong di sini digemparkan dengan kejadian sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang terbakar secara tiba-tiba.

Kejadian 'misteri' itu dikatakan berlaku sekitar jam 11.40 malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II), Adenan Mohamad Juri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.48 malam.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba, kami dapati kereta jenis Perodua Kancil sudah terbakar 100 peratus," katanya.

Menurutnya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Katanya, bagaimanapun kebakaran itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Artikel Berkaitan: