X

Kindly register in order to view this article
!

Warisan berjaya peroleh kerusi paling banyak: Shafie

Mohd Shafie ketika ditemui media, sebentar tadi.
A
A

KOTA KINABALU – Parti Warisan Sabah (Warisan) berjaya memperoleh kerusi yang paling banyak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini meskipun tidak mencapai kejayaan untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, ini terbukti apabila parti itu berjaya memenangi sebanyak 29 buah kerusi berbanding parti lain yang bertanding pada PRN kali ini.

“Pertama saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Sabah yang telah pun memberi sokongan yang begitu kuat kepada parti Warisan Plus yang ada pada PRN ke-16 dan kita dapat melihat bahawa dalam keputusan ini ‘One Single’ parti paling besar ialah warisan iaitu 29 kerusi.

“Saya berharap ini merupakan satu penghargaan kepada semua rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk dapat merealisasikan satu kumpulan ahli-ahli yang berhormat yang telah dinobatkan sebagai wakil rakyat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mohd Shafie berkata, beliau melihat keyakinan dan kepercayaan dibawa rakyat itu akan diteruskan meskipun berdepan dengan keadaan politik yang tidak menentu.

“Keyakinan dibawa oleh rakyat ini kita akan teruskan dan kita tahu bahawa keadaan politik yang ada di negara kita tidak begitu stabil, begitu juga dalam keadaan kita lihat bumi Sabah walaupun kita dapat melihat kerusi-kerusi tapi ‘the biggest single’ parti ialah warisan ‘lead government’,”katanya.

Terdahulu, Warisan berjaya memperoleh 29 kerusi ; Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua kerusi dan parti UPKO memperoleh 1 kerusi membolehkan Warisan Plus mencatat kemenangan di 32 buah kerusi DUN Sabah.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!