Mohd Shafie pertahan DUN Senallang tapi majoriti menurun

Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal
A
A
A

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dengan majoriti 4,631 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 hari ini.

Namun majoriti berkenaan merosot berbanding 5,909 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Pada PRN Sabah kali ini, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu memperoleh 6,363 undi mengalahkan pencabar terdekatnya dan juga anak saudaranya, Norazman Utoh Nain daripada Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 1,732 undi dalam pertandingan lima penjuru.

Calon lain, Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) mendapat 61 undi, Madjalis Lais daripada Parti Cinta Sabah (PCS) 51 undi dan calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Datu Pg Ahmad Datu Ali Alam, memperoleh 39 undi. - Bernama

Artikel Berkaitan: